Make your own Glitter Graphics

Ahad, 31 Julai 2011

Menjiarahi dan membersihkan kubur

Seperti biasa di negara kita, sebelum menjelangnya bulan Ramadhan kita akan menziarahi tanah perkuburan dan disamping itu juga kita akan membersihkan kawasan tersebut. Perkara berkebajikan ini juga adalah sesuatu yang digalakkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Seperti biasa sebelum menjelang bulan Ramadhan, kami sekeluarga akan membersihkan tanah perkuburan Jerudong yang tempat ahli keluarga yang terlebih dahulu pergi daripada kami. Aktiviti berkebajikan ini kami mulakan pada jam 8 pagi, seperti biasa kawasan tersebut tidak lah begitu semak. Selepas sejam setengah kami membersihkan kami membacakan Surah Yassin dan Tahlil khas dihadiahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda yang setia hingga keakhir zaman, ahli keluarga dan semua kaum muslimin dan muslimat yang pergi terlebih dahulu pergi meninggal kan dunia yang sementara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan