Make your own Glitter Graphics

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432

Pada petang kelmarin telah di adakan sesi melihat anak bulan Ramadhan di beberapa tempat seperti di Bukit Shah Bandar dan keputusannya bahawasanya anak bulan tudak dapat dilihat. Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, seperti yang kita maklum bahawa esok bermula lah 01 Ramadhan 1432 hijrah bersamaan 02 Ogos 2011. Di ucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini yang berugama islam "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1432" semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t amiiin..

Menjiarahi dan membersihkan kubur

Seperti biasa di negara kita, sebelum menjelangnya bulan Ramadhan kita akan menziarahi tanah perkuburan dan disamping itu juga kita akan membersihkan kawasan tersebut. Perkara berkebajikan ini juga adalah sesuatu yang digalakkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Seperti biasa sebelum menjelang bulan Ramadhan, kami sekeluarga akan membersihkan tanah perkuburan Jerudong yang tempat ahli keluarga yang terlebih dahulu pergi daripada kami. Aktiviti berkebajikan ini kami mulakan pada jam 8 pagi, seperti biasa kawasan tersebut tidak lah begitu semak. Selepas sejam setengah kami membersihkan kami membacakan Surah Yassin dan Tahlil khas dihadiahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda yang setia hingga keakhir zaman, ahli keluarga dan semua kaum muslimin dan muslimat yang pergi terlebih dahulu pergi meninggal kan dunia yang sementara.

Khamis, 21 Julai 2011

Kreatif....

Assalamualaikum. Ini adalah artikel pertamaku menggunakan Blogger+,so dengan ini aku ingin mengonsikan salah sebuah kereta yang terdapat do negara kita. Apa yang menarik nya kereta ini mengunakan full Carbon Fibre sticker, aku menjumpainya pada petang kelmarin di sekitar kawasan Bandar Seri Begawan. Di sini saya
menyertakan gambar kereta tersebut.

Selasa, 5 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru


Pada hari Ahad 03 Julai 2011 lepas, saya telah menghadiri Majlis Persandingan sahabat saya iaitu Mohd Yusuf bin Abd Latiff dengan pasangan nya Siti Nuriah binti Yunus. Apa yang saya dapat lihat pada majlis tersebut ianya sangat mariah dengan warna tema yang sesuai, para hadirin begitu ramai yang datang terdiri daripada ahli keluarga terdekat,kawan-kawan, teman-teman dan juga majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Pesan kepada Pengantin, SELAMAT PENGANTIN BARU semoga kekal hingga ke akhir hayat dan semoga mendapat anak-anak yang soleh dan soleha..Amin..

UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 65 TAHUN





Rakyat dan juga penduduk Negara Brunei Darussalam pasti tahu apabila menjelang tarikh 01 Julai, iaitu Majlis Menaikkan Bendera besar Negara Brunei Darussalam akan di kibarkan. Sehubungan dengan itu juga Mukim Sengkurong tidak terkecuali untuk membuat majlis tersebut yang mana ianya diadakan pada 02 Julai 2011 bertempat di Dewan Kemasyarakatn Sengkurong yang mana telah di pengerusikan oleh Haji Musa bin Haji Tahir, Penghulu Mukim Sengkurong. Tetamu Kehormat pada majlis tersebut Yang Mulia Dato Paduka Haji Abd Razak bin Mohamad. Disamping majlis menaikkan bendera negara, pihak AJK Mukim Sengkurong juga mengadakan Convoy mengelilingi kawasan kampong-kampong yang berada di bawah Mukim Sengkurong.

Di harap AJK-AJK Mukim Sengkurong agar dapat mengadakan lagi majlis yang berkebajikan ini di masa-masa yang akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk Mukim Sengkurong.

Jumaat, 1 Julai 2011

KEMBALI BERSUAKEMBALI BERSUA

as salam kepada penggunjung-penggunjung 1st-stop..minta maaf atas lama tidak me'update blog ini atas sebab-sebab yang tertentu dan i'allah blog ini akan di update dari masa ke semasa dengan artikel-artikel yang menarik k..