Komen daripada web BRUNEI:
http://www.bruneiclassified.com/newhys/2010/03/19/alcohol-zone-di-brunei-2/
Alcohol Zone di Brunei
March 19, 2010 – 4:38 pm
Assalamu alaikum para pembaca budiman…
1. LegCo yg mulia tiba2 didatangi cadangan berani dan saya rasa hanya SEORANG saja dari kalangan YB-YB di sana yg merasakan cadangannya itu bernas dan terbaik : iaitu sipencadang sendiri. Banyak kawan sahabat rakan handai taulan jiran dan orang kampong terperanjat dengan cadangan yang amat berani ini, maka timbullah pelbagai spekulasi dan andaian, yg terbit dari persoalan bermacam2.
2. Persoalan yg timbul ialah : Mengapa soalan ini muncul ? Dari siapa sebenarnya cadangan ini ? Adakah betul dari lubuk hati sanubari sipencadang ? Atau ia mewakili masyarakatnya ? Adakah betul mewakili TOURIST yg inda tahan mesti jua minum arak di Brunei ? Atau lebih jauh lagi, ia mewakili segelintir orang kita Bangsa Melayu Islam yg NIPIS IMANnya, yg masbuk mau ikut nafsu, yg ingin menikmati barang haram itu di negara ini dengan dihalalkan oleh undang2 dan peraturan negara ? Adakah sipencadang TIDAK MENGETAHUI hakikat pengamalan falsafah MIB dan Negara Zikir dan sudah berkali-kali dilaung-laungkan di NBD ini ? Adakah sipencadang tidak MERUJUK rakan-rakan YB yang lain sebelum satu-satu soalan diajukan ? Adakah sipencadang memang diberikan kebebasan mengajukan soalan tanpa menghiraukan sensiviti bangsa Brunei Melayu Islam yg majoriti di negara ini ?
3. Itu baru persoalan, belum lagi andaian…. Mujurlah soalan ini dapat dijawab dengan penuh berhemah oleh YB Menteri berkenaan. Tidak perlu melenting atau marah membabi buta. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kebijaksanaan dan ilham kepada YB Menteri-Menteri kita semua.
4. Bayangkan apa jadi kalau di AU kan cadangan atu…. Sebuah tempat dalam Brunei ane, dikhususkan untuk orang2 bukan Islam dan PARA TOURIST yang dimuliakan dan diraikan, bersuka ria berhibur gelak ketawa riang ria mesra manja, berpesta arak dengan pasangan masing2, lelaki perempuan, atau lelaki bersama pasangannya yg juga lelaki ( tidak mustahil…. kerana ARAK boleh mengakibatkan benda ini terjadi…). MAMPUKAH sepanjang masa dikawal ketat dengan papan tanda amaran “TIDAK DIBENARKAN ORANG-ORANG ISLAM MASUK” atau “NO BRUNEIANS ALLOWED” atau ” NO MUSLIM ALLOWED” ?
Besenapang beasgar begurka pebaik…. orang Islam yg nipis iman macam kulit bawang TENTU DAPAT MASUK…. Bagi saja duit dua tiga ratus, dapat tu masuk…. Yang calinya tiba-tiba asgar atau gurka atau security atu dengan penuh komitmen menjawab : Ane rasuah ne…. Haram ne….
Kan becelaru jadinya…..
5. Berapa kali mau cakap… Industri Pelancungan di Brunei inda sama dengan industri pelancungan yg ada di Dubai, atau Singapore atau di mana-mana saja di dunia ane. Inda ganap dua, di Brunei ane industri pelancungan adalah berbentuk ALAM SEMULA JADI, hutannya, masjid2nya, Kampong AYER, muzium2nya, penduduknya yg peramah dan mesra….bla bla…
Mestikah pelancongan atu ada ARAK ? Sungguh hebat pukulan arak sehinggakan ia dimasukkan sebagai cadangan dalam LegCo Brunei ane…
6. Berapa kali mau cakap… Keberkatan rezeki negara itulah yang UTAMA. Walau sedikit hasil pelancongan, tetapi keberkatannya tetap dirasakan. Bukan dirasakan oleh orang Islam saja, malahan orang bukan Islam tetap mengakui Brunei ada perbezaannya, aman sentosa bahagia dirasakan. Kereta ditinggalkan dalam keadaan enjin hidup, insya Allah indada orang mencuri….
7. Saya pernah berjumpa dengan seorang pelancong dari Hong Kong, inda Islam, saya bertanya : “Adakah awak memerlukan arak di Brunei ? Kerana di sini memang tiada dijual arak…”
Pertanyaan saya bukanlah menunjukkan saya memang ingin dia minum arak di Brunei, tapi saya ingin menyelami isi hatinya, apa perasaannya apabila mendapati bahawa di Brunei, sesiapapun tidak dibenarkan menjual arak dan arak sukar didapati…
Apa jawabnya ? ” Itu tidak menjadi masalah…. kerana saya ke mari bukan hendak minum… tapi saya terpesona dengan hutannya, penduduknya yang ramah dan mesra, masjid2nya, kampong ayer, muziumnya…..Kalau saya mau minum, saya tidaklah ke mari… Lebih baik saya pergi ke Singapura atau Malaysia… Malah saya tidak perlu ke mana-mana, cukup duduk dalam rumah di Hong Kong saja…”
Bahapa tah kitane memalui-maluikan diri, menyusah-nyusahkan diri menyediakan prasarana dan kemudahan ALCOHOL ZONE FOR TOURIST berisi bar-bar, pub-pub, restoran2 dan yg serupa dengannya..?
Kita nanti di tahun hadapan, kalau2 ada lagi cadangan macamane dalam LegCo…. Kalau masih jua ada, BABAL dan MATINGAL tah tu….
8. Tabik kepada Kerajaan yang memiliki Menteri-Menteri yang beriman dan beramal salih… I salute you… Moga2 sentiasa beriman dan beramal salih…..
WALLAHU A’LAM…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan