Make your own Glitter Graphics

Selasa, 30 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum..wah seperti yang semua dah sedia maklum hari ni adalah hari yang di nanti-nanti oleh semua umat islam tidak mengira tua muda miskin kaya sama-sama merayakan dengan gembira dan ceria. Walaupun negara kita ketinggalan sehari untuk menyambutnya tetapi kemeriahannya tetap masih sama kita rasa kan. Apa-apa pun di ucapkan Selamat Hari Raya..saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap yang mungkin dibuat secara senghaja ataupun tidak senghaja. Semoga Raya pada tahun ini lebih bermakna kepada kita. Amin....

Khamis, 25 Ogos 2011

Kisah bersungai di JustToy Gadong

Ok entri ku kali ni bukan pasal apa yang ku makan di JustToy Gadong, tetapi melihat perangai anak muda pada masa sekarang. Tadi aku melihat perangai segelintir perangai anak perempuan yang ada disana tadi yang membuatkan aku hendak membuat entri ni. Cuba anda bayang kan perempuan muda yang berumur didalam lingkungan pebelasan tahun merokok dikhalayak ramai, dah lah merokok pakai tudung pulak tu. Bukan itu saja malah mereka mereka merokok ketika belum waktu berbuka puasa, itu kah di namakan seorang muslimah islam. Apa pendapat anda? apakah kesnya kalau ibubapa mereka menyaksikan perangai anak mereka begitu? apakah itu satu perbuatan yang baik? anda sendiri pandai macamana hendak menilainya. Ini bukan lah untuk apa hanya sekadar untuk menambah pengetahuan dan menjadikan satu pengajaran. Bukan lah mahu busybody tapi hanya hendak mengongsikan kepada anda.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Sikap tidak bertanggungjawap

Pada petang semalam aku cukup bengang dengan sikap segelintir orang kita. Bukan itu saja malah aku dah naik geram, kenapa pulak cakap begitu? sebab nya anda boleh saksikan sendiri gambar di atas di mana keretaku di tumpahi dengan cat. Kejadian ini bau menyedari setelah aku sampai dirumah, sebaik saja aku mengetahui nya mahu saja aku ingin mencari siapa kah yang empunya angkara. Apa yang dapat saksi kan, tumpahan cat tersebut seperti nya disenghaja kan..tapi siapa pula yang sakit hati pada ku? apa pula salah telah ku lakukan? Itu lah kan segelintir orang kita, nak tunjuk samseng tapi melibatkan harta benda, kalau lah benar aku yang bersalah kenapa tidak jumpa berdepan saja..dan kalau kes ini adalah kerana tidak senghaja, kenapa tidak minta maaf? kenapa di tinggalkan begitu saja? aku harap para pembaca entri ku ini akan lebih pandai menilainya owk.

Rabu, 10 Ogos 2011

Lihat lah perangai orang kita

Entri aku pada kali ni mengenai perangai orang kita yang tidak pandai bersabar dalan kata lain suka mementingkan diri sendiri. lihat saja pada gambar di atas, dah lah jalan raya pada ketika itu sesak tambahan pula dia buat begitu, bukan kah eanya boleh memudaratkan lagi keadaan tambahan pula apa perasaan pemandu lain. Selalunya orang membyat demikian disebabkan ea bergegas, habis yang lain tak bergegas kah? orang lain tak sibuk dengan aktiviti mereka yang lain kah?