09 Jun 2012 - Semalam kami sekeluarga melawat Muzium Teknologi Brunei, dimana tersimpan nya khazanah-khazanah Brunei dulu dari segi rumah-rumah puak-puak Brunei dan banyak lagi yang terdapat disana. Kita bukan sahaja dapat menyaksikan lebih dekat tentang kehidupan masyarakat dulu tapi kita juga boleh mempelajari dan menjadi pengetahuan sebagai anak jati Kelahiran Brunei. Disini saya sempat merakam sedikit gambar yang terdapat di muzium tersebut.
Ahad, 10 Jun 2012
Sabtu, 9 Jun 2012
1st-Stop kembali
As salam to olz viewers 1st stop blog..tq coz selalu me'view dis blog n da yg support dis blog..1st'ly sorry coz lama sudah nda update in dis blog coz busy wif my work n everything,so i'allah i'll update dis blog if i have thing to share wif u olz k..btw terus kan support my blog owk..
Ahad, 6 November 2011
Isnin, 26 September 2011
Wah..Rasa nya sudah lama aku tidak membuat entri ataupun me'update blog ini. Ini adalah kerna terlalu sibuk dengan hal-hal yang lain. Tapi entri ku pada malam ini bukan lah nak bercerita mengenai itu.
Pada malam ini aku menghadiri satu majlis iaitu majlis ramah mesra sempena sambutan hari raya bagi Mukim Sengkurong yang di jayakan oleh Majlis Perundingan Kampong Sengkurong. Tetamu kehormat pada malam ini Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral
(Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd
Yussof dan Datin. Antara kampong-kampong yang turut serta didalam majlis ini adalah kampong-kampong yang dibawah Mukim Sengkurong seperti Kampong Jerudong, Kampong Sengkurong 'A', Kampong Sengkurong 'B', Kampong Tanjung Nangka, Kampong Lugu, Kampong Katimahar, Kampong Kulapis dan Kampong Mulaut. Gambar di atas adalah gambar keadaa majlis pada saat ini, insya Allah aku akan me'upload gambar yang lainnya di lain entri k...
Selasa, 30 Ogos 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualaikum..wah seperti yang semua dah sedia maklum hari ni adalah hari yang di nanti-nanti oleh semua umat islam tidak mengira tua muda miskin kaya sama-sama merayakan dengan gembira dan ceria. Walaupun negara kita ketinggalan sehari untuk menyambutnya tetapi kemeriahannya tetap masih sama kita rasa kan. Apa-apa pun di ucapkan Selamat Hari Raya..saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap yang mungkin dibuat secara senghaja ataupun tidak senghaja. Semoga Raya pada tahun ini lebih bermakna kepada kita. Amin....
Khamis, 25 Ogos 2011
Kisah bersungai di JustToy Gadong
Ok entri ku kali ni bukan pasal apa yang ku makan di JustToy Gadong, tetapi melihat perangai anak muda pada masa sekarang. Tadi aku melihat perangai segelintir perangai anak perempuan yang ada disana tadi yang membuatkan aku hendak membuat entri ni. Cuba anda bayang kan perempuan muda yang berumur didalam lingkungan pebelasan tahun merokok dikhalayak ramai, dah lah merokok pakai tudung pulak tu. Bukan itu saja malah mereka mereka merokok ketika belum waktu berbuka puasa, itu kah di namakan seorang muslimah islam. Apa pendapat anda? apakah kesnya kalau ibubapa mereka menyaksikan perangai anak mereka begitu? apakah itu satu perbuatan yang baik? anda sendiri pandai macamana hendak menilainya. Ini bukan lah untuk apa hanya sekadar untuk menambah pengetahuan dan menjadikan satu pengajaran. Bukan lah mahu busybody tapi hanya hendak mengongsikan kepada anda.